Khamis, 10 November 2011

SAYUR ABI(SAWI KAMPONG)

Sayur ini ditanam melalui biji benih yang ditabur pada  tanah yang dibakar untuk tempat menanam padi bukit.Sayur abi ini selalunya  tumbuh subur  dan sayur ini tidak terlalu lama untuk membesar.Pabila cukup ketinggiannya ,sayur abi ini bolehlah di cabut dan dibersihkan akarnya dengan air bersih.Setelah itu barulah dikutip daunnya  serta pucuk mudanya untuk dijadikan sayur.Sayur ini sedap dimakan bersama nasi.Cara memasaknya begitu mudah sekali  sama seperti kita memasak sayur sawi hijau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan