BUAH MEMBANGAN
Pokok membangan adalah sejenis pokok yang tumbuh dihutan dan telah ditanam oleh manusia sebagai pokok buah-buahan yang sering ditanam tidak jauh dari perkarangan rumah kita.Pokok membangan menghasilkan pucuk daun yang muda yang mana boleh dibuat sayur atau dijadikan ulam-ulamam dan pokok membangan ini menghasilkan bunga yang lebat kemerah-merah yang mana akan menjadi buah membangan.Rasa buah membangan ini begitu sedap jika dijadikan sambal atau pun dibuat jeruk asam.Buah membangan yang masih muda berasa masam dan apabila buah ini matang atau sudah masak ,buah nya berasa manis dan sedap dimakam.Tetapi perlu di ingatkan ketika membuka kulitnya hendaklah berhati-hati kerana kulitnya boleh menyebabkan kulit terbakar(hangus).Sebab kulitnya mempunyai getah.Jika terkena pada tangan haruslah segera dicuci dengan sabun hingga getahnya hilang.Selain itu kulit buahnya yang sedang masak boleh dibuat sayur sambil dibuang kulit luarnya.lalu direbus sehingga mendidih barulah dipotong-potong kecil dan masak seperti biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan